Menggunakan Penyemak Ejaan Dalam MS Word
How Can We Help?
Dewan Eja Pro 10 berintegrasi dengan MS Word 2007, 2010, 2013, 2016 dan 2019. Dalam MS Word, reben Dewan Eja Pro 10 berada pada tab Add-Ins.
Semak Seluruh Dokumen dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
- Klik bebutang BM untuk dokumen dalam bahasa Melayu dan klik bebutang EN untuk dokumen bahasa Inggeris. Kesilapan ejaan akan digariskan dengan merah, dan kesilapan tatabahasa digariskan hijau atau biru.
- Untuk mendapatkan cadangan pembetulan bagi perkataan yang digariskan, klik perkataan itu dengan bebutang kanan tetikus.
Semak Dokumen yang Panjang
Sekiranya dokumen terlalu panjang, penyemak ejaan standard boleh menyemak dengan lebih cepat kerana ia hanya berhenti pada perkataan yang salah.
- Klik bebutang BM.
- Klik tab Review > Spelling & Grammar atau tekan bebutang “F7” pada papan kekunci.
- Kotak dialog penyemak ejaan standard akan dipaparkan di sebelah kanan, dan memaparkan ejaan yang salah beserta cadangan pembetulan apabila kesilapan ejaan dijumpai.