Menyemak ejaan dan tatabahasa dalam aplikasi MS Office

Tulis dengan Yakin

DewanEja 11 mengenal pasti kesalahan ejaan dan tatabahasa biasa dalam bahasa Melayu, jadi anda boleh fokus untuk mencipta kandungan dengan tenang.

Teknologi yang Dipatenkan

Kami mempelopori penyemak tatabahasa pertama untuk bahasa Melayu. Hingga kini, kami masih lagi menerajui teknologi pruf untuk bahasa Melayu.

Lebih 60 Kesalahan Tatabahasa Umum

DewanEja 11 menganalisa ayat semasa anda menaip dan menggariskan kesilapan tatabahasa dengan serta-merta. Ia merangkumi lebih 60 jenis kesalahan tatabahasa umum dengan menggariskannya dengan warna biru.

Tip untuk Pembetulan

Hanya klik-kanan pada teks yang digariskan oleh DewanEja 11 untuk mendapatkan petunjuk tentang kesilapan ejaan atau tatabahasa yang mungkin berlaku.

Ringkasan Peraturan Tatabahasa

KategoriContoh
Kesalahan penggunaan kata ganti nama diri yang digandakan.Kami-kami hendak ke pasar
Kesalahan penggunaan kata nama am yang digandakan selepas kata bilangan tentu bersifat jamak.Empat orang budak-budak
Kesalahan penggunaan kata nama am yang digandakan selepas kata bilangan tentu bersifat tunggal.Sebatang sungai-sungai
Sebuah planet-planet
Ketiadaan penjodoh bilangan.Tiga kucing
Tiga ratus kambing
Kesalahan penggunaan penjodoh bilangan selepas kata bilangan tak tentu, pisahan atau himpunan.Sesetengah batang jalan
Seluruh naskhah buku
setiap buah rumah
Kesalahan penggunaan ‘berapa’ yang sepatutnya ‘beberapa’.Berapa buah sekolah
Kesalahan penggunaan kata bilangan pisahan, himpunan atau tak tentu yang digandakan.Para-para pelajar
Pelbagai-pelbagai makanan
Kesalahan penggandaan kata nama am selepas kata bilangan tak tentu.Beberapa idea-idea
Sebilangan idea-idea
Kesalahan penggandaan kata nama am selepas kata bilangan pisahan atau himpunan.Sesetengah idea-idea
Sebilangan idea-idea
Penggunaan penjodoh bilangan yang tidak sepadan.Dua helai budak
Dua ekor sekolah
Dua kuntum baju
Kesalahan penggunaan penjodoh bilangan selepas kata bilangan tak tentu.Belasan orang guru
Puluhan ekor ikan
Kata bilangan tentu berimbuhan awalan 'ke' yang tidak digandakan.Kedua anak Pak Abu
Ketiga kucing itu
Kata bilangan tak tentu berimbuhan awalan 'ber' yang tidak digandakan.Beratus guni dibiarkan di sana
Beribu batu Ali merantau
Frasa LewahPara hadirin sekalian
Para hadirin semua
Setiap satu perkara
Kesalahan penggunaan kata bilangan pecahan yang tidak tepat.Dua suku jam
Dua setengah Ringgit
Kesalahan-kesalahan frasa nama yang lain.Hampir tiap guru
Berbagai aktiviti
Dianya sangat cantik
Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh
KategoriContoh
Kesalahan penggunaan
kata penguat penghabisan 'paling' dan 'sekali' dalam frasa yang sama.
Paling jahat sekali
Paling jauh sekali
Kesalahan penggunaan
kata penguat penghabisan 'paling' dan kata penguat bebas dalam frasa yang sama.
Paling jahat sangat
Paling jahat sungguh
Kesalahan penggunaan
kata penguat penghabisan 'paling' dan kata penguat belakang dalam frasa yang sama.
Paling jahat betul
Paling indah nian
Kesalahan penggunaan
kata penguat penghabisan 'paling' dan kata arah berimbuhan -ter dalam frasa yang sama.
Paling terkiri
Paling terkanan
Kesalahan penggunaan
kata adjektif berimbuhan -ter bersama kata penguat belakang dalam frasa yang sama.
Terbaik benar
Terbaik betul
Kesalahan penggunaan
kata adjektif berimbuhan -ter bersama kata penguat bebas dalam frasa yang sama.
Terjauh sangat
Tercantik sangat
Kesalahan penggunaan perkataan ‘dari’ yang sepatutnya ‘daripada’ untuk perbandingan frasa adjektifLebih baik dari mereka
Kurang manis dari kek itu
Kesalahan penggunaan kata penguat bebas bersama kata adjektif atau kata arah berimbuhan -ter yang membawa maksud darjah penghabisan.Sungguh terbaik
Amat teratas
Kesalahan penggunaan kata penguat hadapan bersama kata adjektif atau kata arah berimbuhan -ter yang membawa maksud darjah penghabisan.Begitu terhebat
Cukup terbaik
Kesalahan penggunaan kata adjektif yang digandakan bersama penguat belakang.Besar-besar betul
Indah-indah nian
Kesalahan penggunaan kata adjektif yang digandakan bersama penguat bebas.Besar-besar amat
Indah-indah sangat
Kata bilangan tentu berimbuhan awalan 'ke' yang tidak digandakan.Kedua anak Pak Abu
Ketiga kucing itu
Kesalahan penggunaan kata adjektif yang digandakan bersama penguat hadapan.Besar-besar begitu
Besar-besar agak
Kesalahan penggunaan kata adjektif yang digandakan bersama penguat hadapan darjah penghabisan.Besar-besar paling
Kesalahan penggunaan
kata adjektif yang digandakan bersama penguat hadapan darjah penghabisan.
Paling tinggi-tinggi
Kesalahan penggunaan kata adjektif berimbuhan -ter yang membawa maksud darjah penghabisan bersama imbuhan -lah (lewah).Tersangatlah baik
Teramatlah elok
Kesalahan penggunaan dua kata penguat darjah penghabisan dalam satu frasa.Terlalu baik sekali
Teramat baik sekal
Kesalahan penggunaan kata penguat darjah penghabisan bersama kata penguat bebas dalam satu frasa.Teramat baik amat
Terlampau baik sungguh
Kesalahan penggunaan kata penguat darjah penghabisan bersama kata penguat belakang dalam satu frasa.Teramat elok benar
Terlampau indah nian
Lain-lainamat marahkan anaknya yang nakal itu.
begitu sayangkan kakak sulungnya
KategoriContoh
Kesalahan penggunaan kata sendi nama 'daripada' bersama kata nama am bukan institusi.Daripada bukit itu
Daripada rumah itu
Kesalahan penggunaan kata sendi nama
'daripada' bersama kata nama am masa (keterangan).
Daripada siang tadi
Daripada subuh
Kesalahan penggunaan kata sendi nama 'daripada' bersama kata nama am masa (hari).Daripada semalam
Daripada kelmarin
Kesalahan penggunaan kata sendi nama 'daripada' bersama kata nama am masa (waktu).Daripada detik itu
Daripada saat itu
Kesalahan penggunaan
kata adjektif berimbuhan -ter bersama kata penguat belakang dalam frasa yang sama.
Terbaik benar
Terbaik betul
Kesalahan penggunaan
kata adjektif berimbuhan -ter bersama kata penguat bebas dalam frasa yang sama.
Terjauh sangat
Tercantik sangat
Kesalahan penggunaan kata sendi nama 'daripada' bersama kata nama am masa (keterangan).Daripada malam semalam
Daripada siang tadi
Kesalahan penggunaan kata sendi namaDi duduki
Di dudukkan
Di hidangkannya
Di balingnya
Kesalahan penggunaan kata sendi nama
'kepada' bersama kata nama am masa.
Kepada waktu malam
Kepada pukul 5.00 petang
Kepada jam 9 malam
Kesalahan penggunaan kata sendi nama
'kepada' bersama kata nama khas yang menunjukkan tempat.
Kepada Perak
Kesalahan penggunaan kata sendi nama
'ke' bersama kata nama am manusia
atau bersama kata nama am haiwan.
Kad itu dikirim ke ayah
Bola itu dibaling ke kucing saya
Kesalahan penggunaan kata sendi nama
'daripada' bersama perkataan 'arah' yang diikuti kata tunjuk atau kata nama am yang menujukkan tempat.
Daripada arah belakang
Daripada arah rumah itu
Kesalahan penggunaan kata sendi nama
'daripada' bersama kata tunjuk.
Daripada sana
Daripada sini
Kesalahan penggunaan kata sendi nama
'daripada' bersama kata arah.
Daripada belakang
Daripada tepi
Kesalahan penggunaan kata sendi nama
'daripada' bersama kata arah (kompas).
Daripada selatan
Daripada utara
Kesalahan penggunaan kata sendi nama
'daripada' bersama perkataan 'arah' yang diikuti kata tunjuk.
Daripada arah sana
Daripada arah sini
Kesalahan penggunaan kata sendi nama
'daripada' bersama perkataan 'arah' yang diikuti kata arah.
Daripada arah belakang
Daripada arah tepi
Kesalahan penggunaan kata sendi nama
'daripada' bersama perkataan 'arah' yang diikuti kata arah (kompas).
Daripada utara
Daripada barat laut
Kesalahan penggunaan
kata sendi nama 'di' bersama kata nama am masa.
Di waktu lapang
Di bulan Januari
Di masa senggang
Di masa yang lampau
Kesalahan penggunaan
kata adjektif 'dekat' sebagai kata sendi nama.
Dia dekat sana
Dia dekat sini
Kesalahan penggunaan
kata adjektif 'dekat' sebagai kata sendi nama
bersama kata kerja tak trasitif 'ada'.
Ali ada dekat sini
Ali ada dekat sana
Kesalahan penggunaan
kata sendi nama 'di' bersama kata nama am manusia.
Hadiah itu ada di ibu
Alamat abang ada di nenek
Kesalahan penggunaan
kata sendi nama 'di' bersama kata nama am haiwan.
Lalat itu ada di lembu tersebut
Kesalahan penggunaan
kata sendi nama 'di' bersama kata ganti nama diri.
Hadiah itu ada di saya
Hadiah itu ada di kamu
Hadiah itu ada di mereka
Kesalahan penggunaan
kata sendi nama 'dari' bersama kata nama am abstrak.
Dari cahaya matahari
Dari angin
Dari cadangan beliau
Kesalahan penggunaan
kata sendi nama 'dari' bersama kata nama am manusia.
Dari ibu
Dari saya
Kesalahan penggunaan
kata sendi nama 'dari' bersama kata ganti nama diri.
Dari kamu
Dari mereka
Kesalahan penggunaan
kata sendi nama 'dari' bersama frasa kerja.
Dari memakan nasi
Dari memarahi adik
Kesalahan penggunaan
kata sendi nama 'dengan' bersama kata nama am masa.
Ayah cuti semalam dengan kelmarin
Ayah semalam dengan lusa
Kesalahan penggunaan
kata sendi nama 'daripada' bersama perkataan 'jarak' diikuti kata atau frasa adjektif.
Daripada jarak dekat
Daripada jarak yang dekat
Kesalahan penggunaan
kata sendi nama 'daripada' bersama kata arah.
Daripada belakang
Daripada tepi
Kesalahan penggunaan
kata sendi nama 'daripada' bersama kata arah (kompas).
Daripada selatan
Daripada utara
Kesalahan penggunaan
kata sendi nama 'daripada' bersama kata nama khas yang menunjukkan tempat.
Daripada Selangor
Kesalahan penggunaan
kata sendi nama 'kepada' bersama kata nama am masa.
Kepada esok
Kepada lusa
Kesalahan penggunaan
kata sendi nama 'ke' bersama kata bilangan tentu.
Tempat ke dua
Kedudukan ke tujuh
Kesalahan penggunaan
kata adjektif 'dekat' sebagai kata sendi nama bersama kata nama am manusia.
Buku itu dekat ayah
Buku itu ada dekat ayah
Kesalahan penggunaan
kata adjektif 'dekat' sebagai kata sendi nama bersama kata nama am haiwan.
Lumpur itu ada dekat lembu
Kesalahan penggunaan
kata adjektif 'dekat' sebagai kata sendi nama bersama kata ganti nama diri.
Kad itu ada dekat saya
Hadiah itu dekat kamu
Bendera tersebut dekat mereka
Kesalahan penggunaan
kata sendi nama 'ke' bersama angka.
Ke 100
Ke 77
Kesalahan penggunaan
kata sendi nama 'di' dan kata arah 'antara' bersama kata nama am abstrak.
Di antara topik yang sesuai
Kesalahan penggunaan
kata sendi nama 'di' dan kata adjektif 'dalam' bersama kata nama am abstrak.
Di dalam hal ini
Kesalahan penggunaan
kata sendi nama 'di' dan kata arah 'atas' bersama kata nama am abstrak.
Di atas rasa tanggungjawab
Lain-lainDari masa ke semasa
Dari semasa ke masa
Dari hari ke sehari
Dari sehari ke hari
KategoriContoh
Ketiadaan tanda soal ‘?’ dalam frasa tanya.
Mengapakah dia menangis.
Bagaimanakah dia kini.
Berapa ekor ikankah yang berjaya ditangkap.
Penggunaan kata tanya tanpa imbuhan -kah dalam frasa tanya.Apa pekerjaan ayah kamu?
Berapa helai kertas berwarna kuning?
KategoriContoh
Frasa Lewahmungkin barangkali
demi untuk
sejak dari
semenjak dari
sejak daripada
semenjak daripada
jika sekiranya
oleh kerana
selain dari itu
selain dari ini
selain daripada itu
selain daripada ini
agar supaya
KategoriContoh
Kesalahan penggunaan
kata kerja transitif atau tak transitif bersama kata ganti nama diri ketiga.
Roti itu mereka campak ke tanah.
Betul: Mereka campak roti itu ke tanah.

Buku Ani mereka baling ke lantai.
Betul: Mereka baling buku Ani ke lantai.
Kesalahan penggunaan
kata kerja transitif atau tak transitif bersama kata ganti nama diri pertama atau kedua yang didahului oleh kata sendi nama 'oleh'.
Roti itu dimakan oleh saya.
Betul: Roti itu saya makan.

Roti itu dimakan oleh kamu.
Betul: Roti itu kamu makan.
Kesalahan penggunaan
kata kerja transitif atau tak transitif bersama kata ganti nama diri pertama atau kedua.
Roti itu dimakan saya.
Betul: Roti itu saya makan.

Roti itu dimakan kamu.
Betul: Roti itu kamu makan.
KategoriContoh
Kesalahan penggunaan
kata pemeri 'ialah' bersama frasa adjektif
Ialah sangat cantik
Kesalahan penggunaan
kata pemeri 'adalah' bersama frasa kerja
Adalah menanam sayur
Kesalahan penggunaan
kata pemeri 'ialah' bersama frasa kerja
Ialah mencari ikan
Kesalahan penggunaan
kata pemeri 'adalah' bersama frasa nama
Adalah ibu saya
Kesalahan penggunaan
kata pemeri 'ialah' bersama frasa sendi nama
Ialah ke sana
Ialah antara rumah Abu dan Ali.
KategoriContoh
SpacingTeman __ mereka