Membetulkan Kesilapan dengan Mudah
Menjadikan Penulisan Anda Sempurna
Walau hanya satu kesilapan boleh mencalarkan imej dokumen yang ditulis dengan baik. Kami memastikan itu tidak akan berlaku kepada anda.
Lebih daripada 1,000 Entri
Kesilapan umum dalam ejaan bahasa Melayu sukar dielakkan kerana perubahan dan perkembangan bahasa serta tabiat penulisan. Kami menjaga anda, dengan mengumpulkan dan merekodkan ke dalam pangkalan data kami, perkataan-perkataan tersebut.
Dibangunkan untuk Bahasa Melayu
Hanya klik “Set Dokumen ke BM”, dan AutoCorrect akan membetulkan kesilapan ejaan bahasa Melayu. Sebagai contoh, apabila DewanEja11 diaktifkan, aplikasi Word tidak akan menukar perkataan “teh” kepada “the” secara automatik lagi.
Teruskan Menulis, Yang Lain Kami Uruskan
Malah, anda tidak perlu lakukan apa-apa. Apabila DewanEja11 diaktifkan dalam aplikasi MS Word, pembetulan dilakukan secara automatik semasa anda menaip.