Menggunakan Penyemak Ejaan DewanEja11 Dalam MS Word
How Can We Help?
Dewn Eja11 berintegrasi dengan MS Word 2016, 2019 dan 2021. Dalam MS Word, reben DewanEja11 berada pada tab DewanEja11.

Semak Seluruh Dokumen dalam bahasa Melayu atau Inggeris
- Klik bebutang BM untuk dokumen dalam bahasa Melayu dan klik bebutang EN untuk dokumen bahasa Inggeris. Kesilapan ejaan akan digariskan dengan merah, dan kesilapan tatabahasa digariskan hijau atau biru.
- Untuk mendapatkan cadangan pembetulan bagi perkataan yang digariskan, klik-kanan pada perkataan tersebut.
- Klik pada perkataan yang dikehendaki, dan pembetulan akan ditampal secara automatik.

Semak Dokumen yang Panjang
Sekiranya dokumen terlalu panjang, penyemak ejaan standard boleh menyemak dengan lebih cepat kerana ia hanya berhenti pada perkataan yang salah sahaja.
- Klik “Set Dokumen ke BM“.
- Klik tab Review > Spelling & Grammar atau tekan bebutang “F7” pada papan kekunci.
- Kotak dialog penyemak ejaan standard akan dipaparkan di sebelah kanan, dan memaparkan ejaan yang salah beserta cadangan pembetulan.
