Menggunakan Kamus Elektronik DewanEja11
How Can We Help?

Mencari Makna Perkataan
i. Mencari Makna Perkataan dengan Bar Gelintar

- Taipkan perkataan dalam kotak kombo dan klik bebutang CARI di sebelah kanan kotak kombo ATAU tekan kekunci “Enter” pada papan kekunci.
- Hasil pencarian akan dipaparkan.
- Anda juga boleh Salin (“copy”) dan Tampal (“paste”) perkataan dari mana-mana dokumen ke dalam Bar Gelintar DewanEja11.

ii. Mencari Makna Perkataan dengan “CheckAnywhere”
- Klik pada bebutang “kanta” di sebelah bebutang CARI.
- Klik-kiri pada tetikus, kekalkan tekanan jari dan lakarkan petak pada perkataan yang dikehendaki.
- Hasil pencarian akan dipaparkan.

Contoh lakaran pada kata “perkataan”.

iii. Mencari Makna Perkataan dalam Kamus Elektronik
- Serlahkan perkataan yang dikehendaki dan lepaskan bebutang tetikus.
- Setelah melepaskan bebutang tetikus, ikon DewanEja11 akan muncul di sebelah kursor.
- Klik pada ikon tersebut dan hasil pencarian akan dipaparkan.

Membuka Menu Kamus Elektronik DewanEja11
Hanya klik pada ikon DewanEja11 untuk membuka Menu Kamus Elektronik DewanEja11 dan paparan menu akan dipaparkan.

Memaparkan atau Menyembunyikan Kamus Elektronik
Anda boleh menyembunyikan Bar Gelintar DewanEja11 dengan klik pada bebutang “X” di sudut kanan Bar Gelintar DewanEja11.

Untuk memaparkan semula Bar Gelintar DewanEja11, sila dwiklik pada ikon DewanEja11 dalam “System Tray”. Atau, klik-kanan pada ikon DewanEja11 dan klik pada “Buka DewanEja11”.
